Skrip Pentomen ini saya tulis untuk persembahan khusus AJKT BKAWM sesi 09/10 atas permintaa di malam majlis sambutan aidilfitri 2009. (EID '10)

Jalan cerita ringkas, tidak kompleks. dan sesuai untuk tontonan umum.

Skrip pentomen saya telah di pentaskan pada malam tersebut dan mendapat respon yang baik dari penonton.

saya cukup berpuas hati pada malam tersebut. pertama kalinya penulisan atas kertas saya dilakonkan.

terimalah


'DOA SI AYAH'


BABAK SATU : ‘MENGHARAP BERSAMA’

’ABAH TELEFON AZMAN

ABAH : Askum nak.

AZMAN : ooo..abah,ada apa abah telefon malam-malam ni? Ada hal penting ke?

ABAH : takda hal penting mana pun, Cuma abah nak Tanya, sekarang ni dah masuk tengah bulan puasa, taknak balik ke kita berbuka puasa sama-sama?

AZMAN: ooo…nak ajak azman balik buka puasa la ni,emmm…maafla bah, azman tak sempat kot nak balik, banyak projek-projek nak kena selesai dlaam bulan puasa ni, abah tunggu je la, kalau azman tak balik tu, kira azman takda la tu, azman balik raya nanti la ya.

ABAH : ooo…kalau gitu tak palah, kerja baik-baik, ada masa balik kejap ya.

AZMAN : InsyaAllah,man tak boleh janji, ok lah bah, jumpa lagi. Slmkum.

ABAH : hmmm…wkslm

ABAH TELEFON AZMIR

ABAH : aslkum nak, abah ni.

AZMIR: wkslm, ada apa telefon ni? Azmir tengah sibuk ni, cakaplah cepat.

ABAH : arrrrr….takda apa pun, Cuma nak ajak azmir buka puasa dengan abah dan adik-beradik di rumah.

AZMIR: oooo..Azmir tak sempat laaa.., oklah, Azmir dalam parlimen ni, tak boleh cakap lama-lama, bye slmkum.

ABAH TELEFON AZRAI

ABAH : aslkum azrai, apa khabar?

AZRAI : wkslm, abah abah..nanti lain kali azrai call balik, azrai dalam mesyuarat ni, Projek berjuta-juta ni, lain kali yek..k slmkum,

……..

ABAH : aslkum Azra, dah habis mesyuarat ke?

Ah Seng : Mesyuarat apa pula ni, saya ah seng tong gas maa…, saya mau bagi tau, gas sikalang habis stok pulak dah nya, nanti ar, esk stok sudah sampai, saya nanti itu akan hantar la gas ini ke rumah nya kamu pun..boleh ar boleh ar…

ABAH TELEFON AZRUL

ABAH : aslmkum, Dr.azrul sihat ke? Abah ni..

AZRUL : wkslm, sht Alhamdulillah, abah ada hal penting ke nak cakap, azrul tengah ada patient ni, nanti abah tepon balik ya.aslkum.

ABAH TELEFON AZFAR

ABAH : hello, aslkum.

SUARA AZFAR : maaf kepada yang menelefon saya, saya sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda, trm ksh.

ABAH : Ermmm…

ABAH DIALOG DENGAN AZWAN

AZWAN : Ermmm…ni mesti pasal abang2 ni kan, dah la tu bah, diorang tu sibuk je memanjang, tak payah susah2 nak kontak diorang, buang kredit je.

ABAH : takpa, abah baru top up. Eh. Pinjam laptop kamu jap.

AZWAN : emmm..jangan lama2 sangat, sebab waktu berbuka dah tak lama dah ni.

ABAH : tak lama pun, nak on YM jap ja, mana la tau kot2 abang-abang kamu tu online.

AZWAN : alaaa….diorang kalau online pun invisible bah,..ermmm.., abah, on kan YM wan sekali yek.

BABAK 2 :DUIT POKET ABAH’

AZWAN : Aslmku, saya dah balik,

ABAH : Wkslm wbr, oooo…dah balik, tak Tanya pun.

AZWAN : Abah, wan nak cakap sikit

ABAH : Apa doa cakaplah

AZWAN : Eeee…abah ni kan, layan la Facebook tu sampai lebam, tak jadi la nak cakap.

ABAH : alax3…..ok2, abah logout. Ha apadia, cakaplah.

WAN : Yuran pengajian dan 5 bulan tak bayar, buku rujukan wan sorang je tak da lagi.

ABAH : errmmm…nanti abah usahakan.

AZWAN : abah, wan tau kedudukan kita sekarang, memang terdesak, bill api air, barang dapur semuanya jemaah surau yang tanggung, wan tau bah.

Wan pelik, kenapa abang2 semua kedekut tahi hidung masin, 1 hengget pun tak kirim kat kita, kita kat sini bukan kata hadramaut, tokmiah pun jarang2. Abah sumpah je la dorang tu semua jadi batu,

ABAH : ish..kamu ni tak baik main sumpah2, tak baik sumpah kat anak jadi batu, kalau jadi kayu tu boleh tahan lagi lembut.

Hmmm….azwan, islam didik kita bersangka baik dengan orang, inikan pula anak, dorang bukan taknak bagi, mungking dorang pun terdesak jgk, nanti dorang ada duit dorang bagi la tu.

ABAH : Eh yang kamu tu buat apa?

AZWAN : saya nak tidur la dah lewat malam dah ni,

Abah: malam apaka sejadah kau ni, berbuka pun tak lagi, bangun2..dah nak berbuka ni..

AZWAN ; eh yeke,hehe….

……………….

AZWAN : abah, wan ngantuklah, wan masuk tidur dulu la ya

ABAH : Ermmm….yelah..

Abah call azrai

ABAH: aslkum, azrai sihat ka/

AZRAI : wkslm wbr, abah . sihat, ada apa bah?

ABAH : begini, abah ada hajat sikit, adik kamu si wan tu, dia nak pakai duit beli buku dengan nak selesai turan pengajian dia, jadi klau kesempatan ingat nak pinjam sikit kat azrai

AZRAI : duit….eemmm….bah, bisnes azrai minggu ni jatuh 20% la, ini gara2 tukaran wang asing lani, tapi bila azrai semak di BSKL , matawang Malaysia naik 1.5 dalam kos perdangangan, klau Singapore memang jatuh teruk sikit 0.5 berbanding bulan lepas antara yang tertinggi 1.8, tapi dalam trade perlaburan Malaysia naik 3 kali ganda. Jangka bulan depan akan meningkat 3 kali ganda, jadi mungkin next month keuntungan saya meningkat 35%, tu pun kalau pelaburan dlam perdangangan ada backup 1.2%.

Tapi katanya, kita akan kedepan maju dengan penggunaan dinar emas…….tutttt…..

Abah call AZFAR

ABAH : hello..slmkum,..chef kita ni sihat ka?

AZFAR: Wkslm wbr, ni saya angkat tepun ni sihat la ni, kalau dah dalam kubur mana nak angkat phone kan..

Abah ada apa call malam2 ni..

ABAH : takda, abah nak pinjam duit sikit, si azwan tu…

AZFAR : jap2..nak pinjam duit? . abah..fatrah ni memang azfar tak boleh, azfar kena banyak pakai duit untuk pendahuluan duit ticket flight ke luar Negara, sebab lusa azfar ke india cari rempah, dah dapat je rempah terus ke hina nak cari periuk belanga, pastu nak ke Ireland pulak nak cari apron, abah nak apron?

ABAH : Erkkk…takpalah, kat rumah ni banyak apron, tak pakai pun.

AZFAR : oooo…kalau camtu xpalah bah, azfar nka rehat dulu, letih baru balik dari rakaman rancangan TV masak2 di Florida, America. Lagi pun esok pagi kena bangun awal sebab lepas subuh esok nak ke Thailand pulak nak pergi servay tom yam gong.

ABAH : ok tak apalah, kalau camtu.selamat berehat, slmkum…

AZFAR : wkslm…

Abah call AZMAN.

ABAH : Aslkum azman,

AZMAN : wkslm, ya abah, ada hal penting ke?

ABAH: tak da la penting sangat, Cuma abah hajat nak pinjam duit sikit, azwan tu dah 5 bulan tak bayar yuran pengajian dia..

AZMAN : alabah, pasal duit memang azman tak boleh, kalau hal lain tak pa, azwan banyak pakai duit sendiri untuk melabur dalam projek2 architecture ni, aritu Donald trump ada offer kat azman projek pembinaan menara di New York, tapi azman belum bagi jawapan lagi, tak tau nak terima ke tak nak, sebab azman masih ragu2 lagi, sebab lepas Donald trump offer tu, terus dapat offer Projek reban ayam dari Perak, pastu ada panggilan pulak dari johor untuk projek seni liang lahat,

Nanti ingat malam ni nak buat solat istikharah antara tiga job ni, jadi pasal duit tu, memang tak boleh,, kalau bawah 50 ringgit boleh la, nak 50 ?

ABAH : eh, ehe…tak pa2, abah faham azman pun terdesak, takpala yek, nanti abah Tanya azrul, mana tahu dorang boleh tolong ke? Ok lah, selamat istikharah. Tapi bagi pandangan abah la kan, baik ambil projek liang lahat tu, sekurang2 nya ingat nak mati, ok. Slmkum.

AZMAN : errkk…buant tebiat ke orang tua ni, eemmm….ok gak liang lahat.

Abah call Azrul

ABAH : Aslkum azrul sihat ka?

AZRUL : Wkslm abah, sihat ja, standar la doctor, kena sihat selalu nak mengubat orang,, ada apa bah?

ABAH : Azrul kat mana tu?

AZRUL : Azrul ada dekat hospital lagi ni, hari ni saja 20 operation saya buat, semuanya patient luar Negara, ada apa bah call saya malam2 ni..?

ABAH : oooo..yaka..hebat anak abah ni..

AZRUL : ermmm…well…(jebek/berdengus)

ABAH : hmmm…abah sebenarnya nak pinjam duit sikit, azwan tu nak pakai bayar yuran pengajian dia, kesian dekat dia, buku rujukan pun tak beli2 lagi.

AZRUL : hhmmm….abah, kalau dah tau terdesak macam ni, berhentikan ja azrul tu dari belajar, suruh dia kerja, sekurang2 nya ada orang tanggung abah.

ABAH : azrul tak baik cakap macam tu, dia pun nak Berjaya jugak macam abang2 dia.

AZRUL : apa ? nak Berjaya ? dia nak Berjaya macam mana, dia kata nanti nak belajar di university al-azhar, balik nanti apa dia boleh buat ?

ABAH : azrul, dengan ilmu agama yang dia ada, dia balik boleh pandu masyarakat dengan syariat, paling2 kurang pun, dia boleh ajar abah ilmu feqh. Azrul boleh ajar abah ilmu feqh?

AZRUL : eemm…yela, tapi pasal duit tadi, zrul tak boleh, bulan ni azrul ambil kereta baru.

ABAH : eh, bukan ke azrul dan ada 3 biji kereta ?

AZRUL : a’ah, memang la, 3 biji kereta tu kereta pergi pasar, kereta pergi shopping dengan kereta pergi kerja, yang kereta baru ni azrul ambil Estima, estima bukan china punya ni, memang direct dari jepun, estima ni nak pakai untuk pergi picnic, luas sikit,anak2 makin ramai, maklum la isteri cantik,

Pastulah azrul ada beli banglow baru di England, sebab tiap2 minggu pertama azrul dipanggil mengajar di Harvard medical school. Isteri pulak nak sambung belajar sana, alang2 tu azru cari rumah terus la, jadi banyak perkara saya nak tanggu.

ABAH : yaka, kalau macam tu takpa lah,nanti abah minta tolong azmir, kirim salam kat cucu2 abah,slkum.

AZRUL : wkslm wbr..

Abah call AZMIR

ABAH : Aslkum, azmir kat mana tu?

AZMIR : wkslm abr, azmir ada jauh ni, azmir jadi wakil P.Menteri jemputan ke America, PM ada iftor di Washington DC, tp dia tak dapat datang, PM minta saya ganti dia, abah call pakai lowrate voip ke smartvoip?

ABAH : tak, abah pakai bill.

AZMIR : oooo yaka…, ok go head.

ABAH : begini azmir, abah nak pinjam duit sikit, azwam adik kamu tu dia nak pakai duit beli buku rujukan.

AZMIR : hah! Duit! Alamak bah, nape tak capak awal2, abah tahu kan azmir banyak tabur duit dekat rakyat, azmir banyak buat program2 untuk rakyat, sumbangan, sedekah, semua azmir buat untuk rakyat, maklumlah pilihanraya dah tak lama dah, lagipun peruntukan asal yang ada tak cukup, abah faham kan.

ABAH : faham2, abah faham..tak apa2, nanti abag Tanya adik –beradik kamu, azmir bila balik Malaysia?

AZMIR: tak tahu lagi, sebab esok kena hadir delegasi kedutaan Malaysia jumpa presiden barack obama, pastu azmir terus ke Italy nak servay kapal selam.

ABAH : ooo…yaka, jaga diri baik2, jaga solat, jangan makan rasuah,ok slkum.

AZMIR : errrmmm….yelah.wkslm.

(abah merenung azwan)

Abah bermonolog sorang2.

ABAH : “Ya Allah! Berkatilah hidup anak2 aku ya Allah, kau panjangkanlag umur mereka, ya Allah murahkanlah rezeki kami ya Allah, sesungguhnya engkau mengetahui keadaan kami Ya Allah…”

(berpaling ke laptop, capa dan berkata..)

ABAH : errmmm…maafkan abah azwan…

(Abah telefon kedai besi buruk)

ABAH : hello, ni kedai besi buruk, saya ada barang mau jual, berapa ringgit sekilo, sekarang kedai buka tak? (terus keluar rumah)

………………………….

AZWAN : eh..,mana laptop aku ni,…(ke meja), abah, nampak laptop wan tak?

ABAH : ya…apa dia..?

AZWAN : Nampak laptop wan tak ?

ABAH : laptop? Entah…wan letak mana, carila betul2..

AZWAN : semalam ada dekat sini, siapa dia ambil….abah….abah….abah letak mana bah…,abah bagi sapa bah…abah…(abah terduduk,azman disamping abah)

ABAH : abah minta maaf…..maafkan abah wan….

AZWAN : abah!!!..itulah satu2 nya pusaka tinggalan arwah mak bah…abah…kenapa abah buat macam ni dekat wan…abah jahat….abah jahat….

ABAH : maafkan abah….abah buat untuk wan…(dua2 menangis)

BABAK 3 ‘PULANGLAH RAYA’

AZMIR

ABAH : Aslkum, azmir apa khabar?

AZMIR : Sihat Alhamdulillah, ya abah..

ABAH : Azmir, lusa dah nak raya, azmir tak balik kangpung beraya ke? Dah lama abah tak jumpa azmir

AZMIR : ala bah, maaflah, raya pertama azmir beraya di open house PM(sambil selak diary), raya ke-2 di rumah TPM, raya ke-3 beraya dengan menteri pertahanan, raya ke-4 dengan polis Diraja, raya ke-5 bersama pimpinan parti,….bla…bla….bla….haaaa….,raya ke-10 baru azmir kosong, insyaAllah azmir balik raya ke-10 ok?

ABAH : hhmmmm…..tak palah, kalau macam tu, hati2 bawak kereta, kalau boleh balik awal algi bagus, ni dekat mana ni? Macam jauh je ni…

AZMIR : a’ah, saya kat korea ni, cari butang baju melayu menteri, esok ke Indonesia pulak nak cari kain batik isteri2 menteri, ok la bah. insyaAllah kita jumpa nanti.slkum.

ABAH : yelah.wkslm wbr.

AZMAN

…….

ABAH : aslkum azman, lusa dah nak raya, azman tak nak balik beraya di kampong ka?

AZMAN : azman mungkin beraya di Mesir tahun ni, sebab seminggu raya ni azman kena siapkan kajian binaan sphinx dan pyramid di Giza, jadi, tak boleh balik beraya la tahun ni..

ABAH : yeke…..hhhmmmm…dah bertahun2 dah azman tak balik beraya, abah dah lama tak jumpa man..

AZMAN : ye man tau, nak buat mcm mana, kerja ni penting, kerjaya azman, abah patut gembira sebab man dah cita2….tak gitu ke bah ?

ABAH : a’ah abah gembira, ayah mana yang tak gembira tengok anak dia Berjaya/

AZMAN : Oklah, man dekat tempat kerja ni, bizi sikit, ada rezki kita jumpa ya, slmkum,

ABAH ; Wkslm.

AZRAI

…….

ABAH : Aslku, azrai dekat mana tu?

AZRAI : Wkslm, azrai ada dekat pejabat ni, ya bah..

ABAH : oooo….azrai tak nak balik kampong beraya dengan abah ka, dah bertahun azrai tak balik beraya, asyik sibuk je bisnes.

AZRAI : standard la bah, azrai kena bersungguh2 bekerja sebab ini kerjaya azrai yang azrai idam2 kan dari kecik lagi. Jadi azrai tak boleh lepaskan peluang ni.

ABAH : memang betul kerjaya, tapi abah rindu dekat anak abah, dah bertahun2 abah beraya berdua dengan azwan,

AZRAI : errmmm….tahun ni Nampak gaya camtulah bah, raya 1-5 azrai raya dengan kawan2, pastu raya ke 6 keatas, azrai beraya bersama usahawan2 dari timur tengah,insyaAllah raya ke-1o atau raya ke-15 azrai balik kampong.

ABAH : moha2 kita sempat bertemu, selmat hari raya.salam.

AZFAR

……..

ABAH : aslkum, azfar.apa khabar? Dekat mana tu ?

AZFAR : wkslm, abah.khabar baik, azfar ada dekat London ni, hotel Hilton panggil pantau menu terbaru dorang.

ABAH : laa….yeke….habis tu, raya tahun ni di mana?

AZFAR : tahun ni azfar raya London la Nampak gayanya, azfar duduk sini 2 minggu, lepas 2 minggu raya azfar baru boleh balik kampong.

ABAH : yaka…eeemmm, abah rindu kat azfar, teringin nak peluk azfar,

AZFAR : eeeee….apa abah ni, macam budak2 la, azfar bukannya tak balik,, azfar balik Cuma lewat sikit ja.

ABAH : kalau macam tu, tak palah, kalau panjang umur kita jumpa lagi, selamat hari raya slm.

AZRUL

…..

ABAH : Aslkum, azrul. Selamat hari raya.

AZRUL : wkslm, selamat hari raya

ABAH : azrul tak balik kampong beraya dengan abah ?

AZRUL : OOO…..azrul mintak maaf bah, azrul tak dapat balik beraya tahun ni,azrul mungkin beraya di Singapore, sebab raya ke-3 tu azrul akan ke US ada meeting di PBB, nak selesaikan krisis jantung sedunia, azrul bertolak dari Singapore dengan menteri kesihatan Singapore, jadi raya 1 dengan ke-2 tu azrul beraya dengan keluarga belah isterilah di Singapore ni, 2 minggu raya baru azrul balik beraya di kampong.

ABAH : eemmmm…(letak tepon)

AZRUL : hello…..hello…..hmmm…(jebek).

BABAK 4 ‘DETIK MALAM RAYA’

(pengumuman raya)

ABAH : adoooiii….

AZWAN ; abah!! (azwan pimpin abah ke depan)

AZWAN : Astagfirullahal’azim….jom wan bawa abah ke hospital

ABAH : tak payah2…urut je kaki abah, pastu tolong ambik kan ubat sakit jantung abah.

AZWAN : errmmm…

ABAH : Wan…abah rindu nak tengok anak2 abah kumpul ramai2 malam raya ni..abah rindu dekat cucu2 abah…tapi apakan daya..masing2 sibuk…(batuk2)…

AZWAN : ermmm..abah, sabar la sikit, nanti dorang balik jugak, Cuma lambat dengan cepat ja.

ABAH : abah mintak maaf wan, abah tak dapat nak didik anak2 dengan sempurna..

AZWAN : Dah la tu abah, cukuplah…

ABAH : azwan….sampaikan salam abah dekat abang2 kamu, cakap dekat diaorang, abah teringin nak kita bersama2 di syurga..(batuk2)

AZWAN : eeee…abah ni kan, suka buat ayat2 karut ni..dah la azwan nak siapkan kerja2 kat belakang tu..

(abah duduk, bertasbih, kemudian menghembuskan nafas terakhir, tasbih jatuh……)

………….

AZWAN : abah…abah….jangan tidur atas tu, sakit badan.

Abah…abah,…(goyang badan abah)….abahhhh!!!!!! (nangis).

Abah…kenapa tinggalkan wan sorang2 bah, wan dah tak da orang lain lagi bah…..abah….bangun bah….

(azwan cuba contact abg2..tapi semua tak dapat)

BABAK 5 ‘BUAH RANUM YANG GUGUR’

AZMIR :

(azmir hlang pengaruh, lalu tewas dalam pilihanraya, tewas juga dalam pemilihan kepimpinan parti, azmir tidak ada apa2 lagi)

EXTRA : selamat menempuh kehidupan yang baru..(berjabat)…

(Azmir berjalan keluar, muka sedih)

AZFAR ;

EXTRA : saya nak membatalkan kontrak kita…

(datang sorang demi sorang mencemuh azfar, azfar hanya kaku..)

AZMAN :

Extra : Encik ditahan untuk siasatan atas 300 nyawa hilang akibat runtuhan apartment di Thailand, 20 mati runtuhan banglow di Jepun, 35 mati runtuhan pejabat 7 tingkat di Somalia, 150 maut jambatan Bangkok runtuh, dan 210 mati akibat runtuhan menara kerajaan di Sweden, semua bangunan tersebut adalah rekaan seni bina oleh encik azman,betul ?.

AZMAN : ya betul, tapi runtuh tu bukan sebab saya.

Extra : encik diminta ikut kami ke balai, FBI, CSI, ISA semua dah ada kat balai tunggu encik datang.

AZMAN : eh mana saya tahu…apa ni encik…(azman di heret keluar)

AZRAI ;

(melihat saham merudum jatuh, dan seorang demi seorang mengambil hutang dan eset azrai, azrai hanya melihat dan keluar, di isyhtihar muflis)

AZRUL ;

(sijil kedoktoran ditarik semula, hilang pekerjaan, akibat 30 pembedahan jantung berturut-turut kesemua meninggal dunia..)

~~~~TAMAT~~~~`

Cerita asal /skrip/pengarah : Halis Fansuri

Cerpen: Tangisan Syawal

Cerpen ini menjuarai sayembara cerpen edisi syawal 2008 anjuran Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM). Cerpen ini mendapat johan akibat tidak sesiapa pun yang menyertai melainkan saya seorang.


Sepetang senja. Langit samar jingga. Burung berkejar-kejar di Sawah. Petani-petani sudah mula mengemas perkakas sedia untuk pulang. Itik-itik mengatur anak masuk ke reban. Kenderaan lalu-lalang sudah mula berkurang. Salmah mengelamun panjang di kaki tangga.

“ Woii!” sapa mak Bidah.

“Astagfirullah al-azim!, terkejut saya mak Bidah. Lain kali bagilah salam dulu.” Salmah seakan membebel.

“Kau ni kan, bila petang je termenung seorang-seorang di tangga ni. Takda kerja lain ke?” Tanya mak Bidah sambil membetulkan anak tudungnya yang senget, dan melabuhkan punggunya di sebelah Salmah.

“Saya teringatkan arwah suami saya mak Bidah” Mata Salmah mula berkaca. Mak Bidah menggetap bibir semacam memahami isi hati Salmah. Mak Bidah membisu. Bibir seolah ingin mengatakan sesuatu tapi tak tahu apa yang nak dikatakan.

“Sudahlah Sal, yang dah pergi tu biarlah pergi, yang hidup ini mesit tabah meneruskan kehidupan. Yang pasti kita semua akan mati.” Mak bidah menenangkan sambil menggenggam tangan Salmah.

“Usia saya semakin lanjut Mak Bidah, anak semakin membesar. Tenaga makin lemah. Sekarang ni duduk bawah terik matahari sikit pun dah tak tahan lama.” “Macam mana saya nak bertani lagi Mak Bidah?”

Mak Bidah diam memamahi yang Salmah sedang meluahkan perasaannya. Mak Bidah rapat menyebelahi Salmah. Mak bidah memicit-micit bahu Salmah.

“Macam mana saya lepas ni nak tanggung Julaina di Indonesia. Si Reza tu tahun ni nak SPM, banyak pula nak pakai duit.” Air mata Salmah mula mengalir. Belum sempat jatuh ke bibir, pantas dikesat dengan lengannya.

Mak Bidah sangat terharu dan tidak tahu apa yang perlu diungkapkan. “Sabarlah Sal, sabar.” Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Mak Bidah.


SEGMEN KEDUA

“Assalamualaikum! Salmah ooo Salmah…

“Wa’alaikumsalam. Eh abang Deraman. Dari mana ni? Salmah menyusuri menghampiri Deraman.

“Abang dari kedai ni, ni ada sikit barang dapur. Ambillah.” Deraman menghulurkan sambil menanggalkan topi keledarnya.

“Ya Allah. Apa susah-susah ni abang man. Barang dapur yang abang bagi minggu lepas pun tak habis lagi.” Salmah keberatan. Walaupun tahu Deraman abang iparnya, tapi Salmah amat malu kerana Deraman telah banyak membantunya,. Malah menjadi bulan orang kampung pula.

“Tak ada apalah sangat Salmah. Abang hanya kesian tengok keadaan kau macam ni. Sejak kematian suami kau, tak ada siapa nak tanggung kau.” Deraman menongkat motor danmelabuhkan punggung di tangga.

Salmah bingkas bangun ingin ke dapur.

“Kau nak ke mana tu?” tinggi suara Deraman menyoal.

Salmah berpaling. “Saya nak jerang air sekejap” jawab Salmah pantas. Walaupun Deraman abang iparnya sendiri, tapihalnya Salmah amat keberatan hendak berbual panjang berduan.

“Tak payahlah susah-susah. Aku sekejap je ni, ada hal sikit nak cakap dengan kau.” Deraman bersuara tanpa berpaling.

Salmah diam patuh. Duduk kembali di sofa perabot kayu Menanti. Keadaan di beranda seperti ruang tamu hiasnya. Pokok Bonzai dan bungan Ros mengelilling beranda. Ros putih menghiasi tangga. Ternyata Salmah pandai menghias rumah. Ros putih amat digemari Salmah. Deraman hanya duduk di tangga.

“Salmah. Abang harap, kau boleh terima apa yang abang nak cakapkan” Deraman sekilas berpaling ke wajah Salmah. Kelihatan Salmah kebingungan.

“Apa dia abang Man. Cakap sajalah” Salmah cuba bertenang. Sedangkan diam-diam Salmah agak risau dengan ungkapan Deraman.

“Abang ni Salmah. Kesian tengok kau, hari-hari berpeluh tubuh cari rezeki nak sara anak-anak. Aku tahu kau seorang yang tabah.” “Tapi. Kau perlu kepada pendorong bagi menguatkan ketabahan tu.” Deraman berkias.

Salmah merenung abang iparnya. Kening sederhana tebal, hidung agak mancung, bibir sedikit memuncung dan kulit kuning langsat. Wajah Deraman tidak tumpah macam arwah suaminya.

“Nak buat macam mana lagi abang man, ni lah taqdir saya. Saya terima semampu mungkin.” Salmah perlahan bersuara.

“Aku ni Sal. Dah lama menduda. Aku pun mahu seseorang yang boleh jaga aku, pelengkap hidup. Abang rasa Sal fahamkan?” Deraman meratap wajah Salmah. Bulu mata sedikit lentik. Bibir nipis ayu. Kening agak tebal. Kulit putih susu, lesung pipit manis sudah cukup membuat Deraman terpesona. Raut wajah Salmah menundukkan usianya yang hampir 40 an.

Salmah menunduk malu. Salmah amat tidak menyangka akan hajat kehadiran Deraman. Salmah mula meragui pemberian barang dapur sebelum-sebelum ini. 5 bulan sudah suaminya meninggal dunia, kesan dunia pilu di hati Salmah terasa baru semalam suaminya pergi.

“Salmah. Abang ikhlas. Abang nak tanggung Sal, nak tanggung anak-anak Sal. Disisi agama tidak salahnya kita bernikah.” Deraman meluahkan isi hatinya. Deraman bangkit dan duduk di hujung perabot buatan Indonesia itu. Memamng Deraman betul-betul tekad untuk mengahwini Salmah.

“Abang Man. Memang benar agama tidak menghalang untuk kita bernikah, tapi janganlah terburu-buru begini” kali ini Salmah tidak teragak-agak untuk bersuara.

“Ya Salmah, tapi abang ingin melamar Sal sebelum orang lain datang pinang” nada Deraman mula sebak.

“Sal perlu masa abang Man. Tolonglah jangan merayu-rayu disini” pinta Salmah. Sememangnya Salmah dari dahulu lagi disuruh berkahwin oleh ibu mertuanya. Mak bidah jiran Salmah juga begitu. Memang Deraman orang yang kemampuan. Beliau ada kedai runcit pusaka peninggalan ayahnya. Juga ada kebun dan sawah. Namun, adakah dengan perkahwinan ini mampu memberi kebahagiaan kepada Salmah dan anak-anak.?


SEGMEN KETIGA

Salmah binti ayob, Deraman bin osman sudah genap sebulan menjadi pasangan suami isteri. Namun, kebahagiaanhanya sementara. Segalanya berubah dengan sekelip mata.

“Sal!! Oooo Sal!!. Deraman memekik di muka pintu, tangan kanan sepucuk surat dan tangan kiri topi kaledar.

“Ya bang. Sal tengah menumis tadi, suara abang Sal tak berapa nak dengar” Salmah semacam pinta kemaafan.

“Nih hah, surat anak kau dari Indonesia” Deraman mencampakkan ke muka Salmah. Salmah menunduk diam. Menggenap bibir ketakutan.

“Aku nak keluar ke Bandar” Deraman menegas sambil menyarung topi keledar. “Aku tak makan tengah hari ni di rumah. Kau makan lah seorang-seorang” selamba Deraman sambil melangkah ke motosikal tanpa berpaling.

“Hati-hati ya bang” sahut Salmah. Tanpa menyahut sahutan isteri, motor laju berderum pergi.

Salmah mencapai sampul surat. Memang dari Indonesia. Setem tertera gambar tiga gadis dengan tarian pandet.Dan tertulis 1200 Rupiah, Jogjakarta. Salmah menyandar di beranda. Perlahan-lahan dikoyakkan mulut sampulnya. “Julaina anak ibu. Ibu rindu kat Ju” bisik hati Salmah.

“Assalamualaikum. Ibu tersayang. Apa khabar ibu sekarang? Ju harap ibu sentiasa sihat walafiyat. Pertamanya Ju nak mintak maaf sebab Ju dah lama tak utus surat dekat ibu. Ju sibuk dengan peperiksaan, kerja rumah, stadi dan kerja persatuan. Ibu tak marahkan? Ju tahu ibu ytakkan marah punya.. =)

Ju sebenarnya terkejut betul bila khabar ibu berkahwin dengan Pak ngah Man. Alhamdulillah, Ju tumpang gembira. Ju nak tengok ibu Ju bahagia. Tapi Ju sedih sangat -sangat sebab tak dapat pulang raikan bersama saat kebahagiaan ibu dan keluarga kita. Bukan Ju tak nak balik, tapi Ju faham sangat-sangat yang keluarga kita bukannya keluarga berada. Ju sanggup tak balik demi wang yang ibu bagi dekat Ju, Ju boleh buat belanja Ju untuk Ju teruskan pengajian Ju di sini.

Saat ayah meninggal dunia Ju tak dapat balik, Ju banyak habiskan air mata Ju di dalam bilik. Ju dah macam orang gila tak tentu arah. Tapi berkat keimanan yang ibu bekalkan buat Ju, Ju cuba untuk tabah hadapi semua ini. Ju yakin, semua ini ada hikmahnya.

Ibu, Jud ah bertekad Syawal ni Ju janji nak balik beraya. Sudah tiga tahun Ju tak beraya dengan ibu. Tahun ni, Ju nak cium tangan ibu. Ju nak beraya dengan ayah baru Ju. Ju dah kumpulkan duit dan tak berapa lama lagi Ju boleh pulang jumpa ibu. Ju nak tolong ibu bertani, Ju nak manfaatkan harta peninggalan arwah ayah. Ju nak ibu rehat bila Ju pulang nanti.

Nantikan kepulangan anakanda mu ini. Assalamualaikum.”

Julaina Sahabudin.

Air mata seorang ibu mengalir laju bercucuran. Air mata membasahi surat, dikesat Salmah. “Anakku. Maafkan ibu. Ibu tak dapat nak bagi wang belanja dekat Ju secukupnya. Sampai Ju tak boleh nak pulang beraya dengan ibu.” Salmah bersura syahdu seorang diri.

“Maafkan ibu Ju. Ibu tidak dapat nak pertahankan pusaka peninggalan ayah. Semuanya Pak ngan Man dah jualpada orang Ju.” Air mata bercucuran dibiarkan saja mengalir membasahi wajah. “Kita hanya tinggal rumah Ju, hanya rumah” Salmah menggetap bibir menahan pilu.

Kebahagiaan selepas berkahwin bersama abang iparnya ternyata sementara. ‘Ada udang di sebalik batu.’ Deraman punyai muslihat terhadap Salmah.

Gemulah Sahabudin memiliki sawah 10 ekar, rumah dan kereta, peninggalan ayah mereka. Saat Julaina layak ke Universiti, kereta terpaksa dijual bagi menampung kos perbelanjaan awal Julaina disana. Deraman memang menaruh dendam terhadap Sahabudin. Tidak cukup dengan kedai yang diwarisi Deraman, beliau cuba untuk mendapatkan rumah dan sawah milik Sahabudin. Tika kematian Sahabudin, Deraman orang paling gembira. Kesumat ini akhirnya tertimpa keatas Salmah.


SEGMEN KEEMPAT

“Ibuuu!!” tempit Reza.

“Allahuakhbar!. Reza, terkejut ibu”

Salmah melipatka surat ke dalam sampul.

“Ibu. Reza nak duit” Reza menyebelahi ibunya. Kurus lampai, mengenakan jersi Chelsea dan jeans ketat Levi’s.

“Ibu sekarang ni terdesak duit Reza. Ibu nak bagi duit dekat kak Ju, dia nak balik raya tahun ni.” Salmah meratap wajah Reza. Tak tumpah wajah arwah suaminya Sahabudin.

“Alaaa…Kak tu bukan ingat kita lagi, buat apa nak bagi duit kat dia banyak-banyak” Reza menjebek muka.

“Dia tidak pulang beraya juga kerana banyak wang dibelanjakan untuk kamu Reza” suara Salmah meninggi. “Kau kata nak beli bukulah, tusyenlah, tapi ramai yang terserempak kau di Bandar waktu sekolah. Kamu tipu ibu. Kamu tak belajar, kamu main!” Salmah membutangkan mata. Reza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Alaaa..kita ada tanah” Reza bersuara malas.

“Kita dah tiada apa-apa lagi Reza. Ayah Man dah jual semuanya” Salmah yang pada mulanya keberatan untuk menceritakan hal sebenar akhirnya terpaksa memberitahu.

“Emm. Saya dah agak dah. Orang tua tu kahwin dengan ibu nak harta ayah ja.” Suara Reza meninggi. “Dari dulu Reza dah dapat agak, Reza dah cakap jangan kahwin dengan orang tua tu. Dia penipu!

“Reza!” laju tangan Salmah menerpa ke muka Reza. “Jahat mana pun ayah Man tu, dia tetap ayah tiri kau!”

“Reza takpernah anggap lelaki tua tu ayah tiri Reza. Ayah Reza dah mati!” bingkas bangun mencapai topi keledar dan menapak keluar. Sekilas Reza berpaling, “Bala apa pulak nak jadi lepas ni.” Reza hilang dipandangan entah ke mana.

Salmah sudah tidak bermaya lagi. Longlai. Tangisan tidak henti-henti. Surat Julaina digenggam erat menerkup mulut dan tersedu-sedan menahan esak. Salmah menyandar lemah. Memanggil-manggil arwah suaminya. “Abang…Maafkan Sal. Sal tak dapat jaga keluarga kita dengan baik. Sal dah tak terdaya lagi tanpa abang. Sal mintak maaf abang. Sal mintak maaf.” Sayup merintih seorang isteri.


SEGMEN KELIMA

Esok, hari kebesaran umat Islam. Aidilfitri. Kegembiraan terselah diwajah Julaina, membuak-buak dihati Julaina. Sudah tiga tahun tidak pulang bersama. Setengah jam lagi Julaina tiba di rumahnya. Bersama Julaina baju raya untuk ibu tersayang. Baju kurung Bandung, merah hati. Sulaman emas menarik. Tudung juga merah hati. Memang sesuai dengan Salmah yang sederhana tinggi orangnya. Untuk Reza juga ada. Baju Melayu sepasang jahitan popular jawa. Juga merah hati. Raya tahun ni sedondon.

“Assalamualaikum!” Julaina terpacak. “Ibu, Ju dah balik.” jerit Julaina yang menerkup mulut dengan kedua belah tangannya. Sahutan tidak terjawab. Rumah dari luar nampak gelap tidak berpenghuni. “Ibu mungkin dirumah ayah Man ni.” Sangka Julaina.

Jeritan julaina tadi didengari jirannya, Mak Bidah. Mak Bidah menyelak langsir, menguak daun tingkap sedikit. Kelihatan wanita kurus lampai. Berkebaya hijau muda dan berjaket hitam.

“Sah ini Julaina” tekaan Mak Bidah tepat.

“Ju..mari sini” laung Mak Bidah.

Julaina berpaling dan senyum menawan. Julaina cium tangan Mak Bidah, berpelukan. Mak Bidah menitiskan air mata. Julaina juga.

“Mak Bidah. Ibu Ju mana? Ju panggil tak keluar-keluar pun. Gelap gelita je rumah tu.” Tanya Julaina merenung wajah tua Mak Bidah.

“Marilah kita sembang didalam, bawa barang-barang Ju tu sekali naik atas” pelawa Mak Bidah mesra.

Mak Bidah menghidangkan kopi susu panas, juga kuih Bengkang hijau dan agar-agar pandan.

“Ju rehat makan kuih ni dulu, selepas ni kita makan nasi ya” layan Mak Bidah manja. Julaina hanya senyum menampakkan gigi putih teratur, pipi gebu licin. Bibir nipis merah menawan.

“Mak Bidah. Esok hari raya, malam ni nak buat persiapan apa yang patut. Mana ibu pergi ya?” Perlahan suara sambil menghirup kopi susu panas.

Mak Bidah menggetap bibir meratap wajah Julaina. “Err..mungkin dia ke rumah Pak Deraman kot” jawab Mak Bidah sambil mengunyah Bengkang dengan gusinya. Malam ni, Ju tidur di rumah Mak Bidah dulu ya, nanti esok mungkin kita jumpa ibu di Masjid Besar selepas solat Aidilfitri.” Ujar Mak Bidah.

“Ermm. Okey lah kalau macam tu, nanti surprise sikit dengan ibu nanti. Ibu mesti terkejutkan.” Julaina mengekeh kecil.

“Tapi. Reza mana?” Julaina tanya bersungguh.

“Reza pun mungkin tidur dirumah sana juga kot.”

“Esoklah kita jumpa diaorang. Dah lewat malam ni. Rumah Pak Deraman pun buaknnya dekat.” Mak Bidah jawab yakin.

“Tapi Ju ada belikan mereka baju raya.” Julaina menjebek.

“Tak apalah. Ju bawa esok ke Masjid.” Julaina bersura selamba semacam mengalah.


SEGMEN KEENAM

“Cantik tak?” Julaina berpusing-pusing seperti model. Mengenakan kurung buatan Indonesia.

“Ya. Anak Salmah semestinya cantik. Macam ibunya juga.”

“Mak Bidah. Mana ibu ni, Reza pun tak Nampak batang hidung?” Julaina memanjangkan leher. Mengintai-intai segenap arah.

Solat sudah. Khutbah pun sudah. Orang ramai semakin susut. Hanya tinggal beberapa orang. Mereka saling bersalam-salaman dan berpelukan. Memohon kemaafan di hari lebaran. Mak Bidah memerhatikan sahaja, namun tidak dihirau Julaina. Mak Bidah dibelakang Julaina. Julaina pusing mengadap Mak Bidah. Mereka berdua turut tidak melepaskan peluang untuk saling bermaafan.

Air mata Mak Bidah laju mengalir. Julaina agak kehairanan.

“Sudahlah Mak Bidah. Pagi raya ni kita kena ceria-ceria saja” Julaina mengesatkan air mata Mak Bidah.

“Jom Mak Bidah, kita kerumah ayah Man, mungkin mereka solat di tempat lain kot” Julaina bingkas bangun. Pantas lengan Julaina ditarik Mak Bidah. Julaina terduduk semula.

“Ju. Ju tahu tak ibu Ju seorang yang tabah.”

“Dan Mak Bidah tahu ketabahan tu ada pada Ju jugak.” Julaina mula hairan.

“Ju. Ibu Ju dan adik Ju Reza ada disini” Mak Bidah menggenggam kedua tangan Julaina.

“Dari Allah kita datang kepada Allah kita Kembali” suara Mak Bidah perlahan. Terketar menahan sebak. Sungguh berat untuk Mak Bidah mengkhabarkan berita itu.

Peluh membasahi dahi Julaina. Julaina menutup mulut menahan ketar. Julaina mula teresak.

Mak Bidah mengheret Julaina ke perkuburan bersebelah Masjid.

“Ju. Ni kubur ibu Ju. Yang sebelah tu kubur adik Ju, Reza.” Mak bidah menuding. Air mata membasahi telekung.

Julaina melutut. Julaina berdengus kuat. Air mata bercurah tidak henti.

“Ibu!!!..Ju nak Ibu!!” Julaina mengusap batu nisan ibunya. “Mak Bidah. Ceritakan kepada Ju.” Julaina memeluk baju raya mereka.

“Ibu Ju kena serangan jantung, adik Ju eksiden Ju.” Mak Bidah memejamkan mata.

“Sudahlah Ju, mari kita balik.” Mak Bidah menyapa bahu Julaina.Mak Bidah tidak sanggup lagi melihat semua ini.Mak Bidah menahan sebak.

“Sudahlah Ju. Tak baik meratap macam ni di kubur ibu. Allah sayangkan ibu dan adik Ju.”

“Ju kena doakan pemergian ibu agar ditempatkan orang-orang yang beriman Ju.” Mak Bidah mengurut belakang Julaina

“Ya Allah. Sungguh berat ujianMU ini.”

oleh: halisFansuri

Blogger Template by Blogcrowds