Cerpen: Tangisan Syawal

Cerpen ini menjuarai sayembara cerpen edisi syawal 2008 anjuran Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM). Cerpen ini mendapat johan akibat tidak sesiapa pun yang menyertai melainkan saya seorang.


Sepetang senja. Langit samar jingga. Burung berkejar-kejar di Sawah. Petani-petani sudah mula mengemas perkakas sedia untuk pulang. Itik-itik mengatur anak masuk ke reban. Kenderaan lalu-lalang sudah mula berkurang. Salmah mengelamun panjang di kaki tangga.

“ Woii!” sapa mak Bidah.

“Astagfirullah al-azim!, terkejut saya mak Bidah. Lain kali bagilah salam dulu.” Salmah seakan membebel.

“Kau ni kan, bila petang je termenung seorang-seorang di tangga ni. Takda kerja lain ke?” Tanya mak Bidah sambil membetulkan anak tudungnya yang senget, dan melabuhkan punggunya di sebelah Salmah.

“Saya teringatkan arwah suami saya mak Bidah” Mata Salmah mula berkaca. Mak Bidah menggetap bibir semacam memahami isi hati Salmah. Mak Bidah membisu. Bibir seolah ingin mengatakan sesuatu tapi tak tahu apa yang nak dikatakan.

“Sudahlah Sal, yang dah pergi tu biarlah pergi, yang hidup ini mesit tabah meneruskan kehidupan. Yang pasti kita semua akan mati.” Mak bidah menenangkan sambil menggenggam tangan Salmah.

“Usia saya semakin lanjut Mak Bidah, anak semakin membesar. Tenaga makin lemah. Sekarang ni duduk bawah terik matahari sikit pun dah tak tahan lama.” “Macam mana saya nak bertani lagi Mak Bidah?”

Mak Bidah diam memamahi yang Salmah sedang meluahkan perasaannya. Mak Bidah rapat menyebelahi Salmah. Mak bidah memicit-micit bahu Salmah.

“Macam mana saya lepas ni nak tanggung Julaina di Indonesia. Si Reza tu tahun ni nak SPM, banyak pula nak pakai duit.” Air mata Salmah mula mengalir. Belum sempat jatuh ke bibir, pantas dikesat dengan lengannya.

Mak Bidah sangat terharu dan tidak tahu apa yang perlu diungkapkan. “Sabarlah Sal, sabar.” Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Mak Bidah.


SEGMEN KEDUA

“Assalamualaikum! Salmah ooo Salmah…

“Wa’alaikumsalam. Eh abang Deraman. Dari mana ni? Salmah menyusuri menghampiri Deraman.

“Abang dari kedai ni, ni ada sikit barang dapur. Ambillah.” Deraman menghulurkan sambil menanggalkan topi keledarnya.

“Ya Allah. Apa susah-susah ni abang man. Barang dapur yang abang bagi minggu lepas pun tak habis lagi.” Salmah keberatan. Walaupun tahu Deraman abang iparnya, tapi Salmah amat malu kerana Deraman telah banyak membantunya,. Malah menjadi bulan orang kampung pula.

“Tak ada apalah sangat Salmah. Abang hanya kesian tengok keadaan kau macam ni. Sejak kematian suami kau, tak ada siapa nak tanggung kau.” Deraman menongkat motor danmelabuhkan punggung di tangga.

Salmah bingkas bangun ingin ke dapur.

“Kau nak ke mana tu?” tinggi suara Deraman menyoal.

Salmah berpaling. “Saya nak jerang air sekejap” jawab Salmah pantas. Walaupun Deraman abang iparnya sendiri, tapihalnya Salmah amat keberatan hendak berbual panjang berduan.

“Tak payahlah susah-susah. Aku sekejap je ni, ada hal sikit nak cakap dengan kau.” Deraman bersuara tanpa berpaling.

Salmah diam patuh. Duduk kembali di sofa perabot kayu Menanti. Keadaan di beranda seperti ruang tamu hiasnya. Pokok Bonzai dan bungan Ros mengelilling beranda. Ros putih menghiasi tangga. Ternyata Salmah pandai menghias rumah. Ros putih amat digemari Salmah. Deraman hanya duduk di tangga.

“Salmah. Abang harap, kau boleh terima apa yang abang nak cakapkan” Deraman sekilas berpaling ke wajah Salmah. Kelihatan Salmah kebingungan.

“Apa dia abang Man. Cakap sajalah” Salmah cuba bertenang. Sedangkan diam-diam Salmah agak risau dengan ungkapan Deraman.

“Abang ni Salmah. Kesian tengok kau, hari-hari berpeluh tubuh cari rezeki nak sara anak-anak. Aku tahu kau seorang yang tabah.” “Tapi. Kau perlu kepada pendorong bagi menguatkan ketabahan tu.” Deraman berkias.

Salmah merenung abang iparnya. Kening sederhana tebal, hidung agak mancung, bibir sedikit memuncung dan kulit kuning langsat. Wajah Deraman tidak tumpah macam arwah suaminya.

“Nak buat macam mana lagi abang man, ni lah taqdir saya. Saya terima semampu mungkin.” Salmah perlahan bersuara.

“Aku ni Sal. Dah lama menduda. Aku pun mahu seseorang yang boleh jaga aku, pelengkap hidup. Abang rasa Sal fahamkan?” Deraman meratap wajah Salmah. Bulu mata sedikit lentik. Bibir nipis ayu. Kening agak tebal. Kulit putih susu, lesung pipit manis sudah cukup membuat Deraman terpesona. Raut wajah Salmah menundukkan usianya yang hampir 40 an.

Salmah menunduk malu. Salmah amat tidak menyangka akan hajat kehadiran Deraman. Salmah mula meragui pemberian barang dapur sebelum-sebelum ini. 5 bulan sudah suaminya meninggal dunia, kesan dunia pilu di hati Salmah terasa baru semalam suaminya pergi.

“Salmah. Abang ikhlas. Abang nak tanggung Sal, nak tanggung anak-anak Sal. Disisi agama tidak salahnya kita bernikah.” Deraman meluahkan isi hatinya. Deraman bangkit dan duduk di hujung perabot buatan Indonesia itu. Memamng Deraman betul-betul tekad untuk mengahwini Salmah.

“Abang Man. Memang benar agama tidak menghalang untuk kita bernikah, tapi janganlah terburu-buru begini” kali ini Salmah tidak teragak-agak untuk bersuara.

“Ya Salmah, tapi abang ingin melamar Sal sebelum orang lain datang pinang” nada Deraman mula sebak.

“Sal perlu masa abang Man. Tolonglah jangan merayu-rayu disini” pinta Salmah. Sememangnya Salmah dari dahulu lagi disuruh berkahwin oleh ibu mertuanya. Mak bidah jiran Salmah juga begitu. Memang Deraman orang yang kemampuan. Beliau ada kedai runcit pusaka peninggalan ayahnya. Juga ada kebun dan sawah. Namun, adakah dengan perkahwinan ini mampu memberi kebahagiaan kepada Salmah dan anak-anak.?


SEGMEN KETIGA

Salmah binti ayob, Deraman bin osman sudah genap sebulan menjadi pasangan suami isteri. Namun, kebahagiaanhanya sementara. Segalanya berubah dengan sekelip mata.

“Sal!! Oooo Sal!!. Deraman memekik di muka pintu, tangan kanan sepucuk surat dan tangan kiri topi kaledar.

“Ya bang. Sal tengah menumis tadi, suara abang Sal tak berapa nak dengar” Salmah semacam pinta kemaafan.

“Nih hah, surat anak kau dari Indonesia” Deraman mencampakkan ke muka Salmah. Salmah menunduk diam. Menggenap bibir ketakutan.

“Aku nak keluar ke Bandar” Deraman menegas sambil menyarung topi keledar. “Aku tak makan tengah hari ni di rumah. Kau makan lah seorang-seorang” selamba Deraman sambil melangkah ke motosikal tanpa berpaling.

“Hati-hati ya bang” sahut Salmah. Tanpa menyahut sahutan isteri, motor laju berderum pergi.

Salmah mencapai sampul surat. Memang dari Indonesia. Setem tertera gambar tiga gadis dengan tarian pandet.Dan tertulis 1200 Rupiah, Jogjakarta. Salmah menyandar di beranda. Perlahan-lahan dikoyakkan mulut sampulnya. “Julaina anak ibu. Ibu rindu kat Ju” bisik hati Salmah.

“Assalamualaikum. Ibu tersayang. Apa khabar ibu sekarang? Ju harap ibu sentiasa sihat walafiyat. Pertamanya Ju nak mintak maaf sebab Ju dah lama tak utus surat dekat ibu. Ju sibuk dengan peperiksaan, kerja rumah, stadi dan kerja persatuan. Ibu tak marahkan? Ju tahu ibu ytakkan marah punya.. =)

Ju sebenarnya terkejut betul bila khabar ibu berkahwin dengan Pak ngah Man. Alhamdulillah, Ju tumpang gembira. Ju nak tengok ibu Ju bahagia. Tapi Ju sedih sangat -sangat sebab tak dapat pulang raikan bersama saat kebahagiaan ibu dan keluarga kita. Bukan Ju tak nak balik, tapi Ju faham sangat-sangat yang keluarga kita bukannya keluarga berada. Ju sanggup tak balik demi wang yang ibu bagi dekat Ju, Ju boleh buat belanja Ju untuk Ju teruskan pengajian Ju di sini.

Saat ayah meninggal dunia Ju tak dapat balik, Ju banyak habiskan air mata Ju di dalam bilik. Ju dah macam orang gila tak tentu arah. Tapi berkat keimanan yang ibu bekalkan buat Ju, Ju cuba untuk tabah hadapi semua ini. Ju yakin, semua ini ada hikmahnya.

Ibu, Jud ah bertekad Syawal ni Ju janji nak balik beraya. Sudah tiga tahun Ju tak beraya dengan ibu. Tahun ni, Ju nak cium tangan ibu. Ju nak beraya dengan ayah baru Ju. Ju dah kumpulkan duit dan tak berapa lama lagi Ju boleh pulang jumpa ibu. Ju nak tolong ibu bertani, Ju nak manfaatkan harta peninggalan arwah ayah. Ju nak ibu rehat bila Ju pulang nanti.

Nantikan kepulangan anakanda mu ini. Assalamualaikum.”

Julaina Sahabudin.

Air mata seorang ibu mengalir laju bercucuran. Air mata membasahi surat, dikesat Salmah. “Anakku. Maafkan ibu. Ibu tak dapat nak bagi wang belanja dekat Ju secukupnya. Sampai Ju tak boleh nak pulang beraya dengan ibu.” Salmah bersura syahdu seorang diri.

“Maafkan ibu Ju. Ibu tidak dapat nak pertahankan pusaka peninggalan ayah. Semuanya Pak ngan Man dah jualpada orang Ju.” Air mata bercucuran dibiarkan saja mengalir membasahi wajah. “Kita hanya tinggal rumah Ju, hanya rumah” Salmah menggetap bibir menahan pilu.

Kebahagiaan selepas berkahwin bersama abang iparnya ternyata sementara. ‘Ada udang di sebalik batu.’ Deraman punyai muslihat terhadap Salmah.

Gemulah Sahabudin memiliki sawah 10 ekar, rumah dan kereta, peninggalan ayah mereka. Saat Julaina layak ke Universiti, kereta terpaksa dijual bagi menampung kos perbelanjaan awal Julaina disana. Deraman memang menaruh dendam terhadap Sahabudin. Tidak cukup dengan kedai yang diwarisi Deraman, beliau cuba untuk mendapatkan rumah dan sawah milik Sahabudin. Tika kematian Sahabudin, Deraman orang paling gembira. Kesumat ini akhirnya tertimpa keatas Salmah.


SEGMEN KEEMPAT

“Ibuuu!!” tempit Reza.

“Allahuakhbar!. Reza, terkejut ibu”

Salmah melipatka surat ke dalam sampul.

“Ibu. Reza nak duit” Reza menyebelahi ibunya. Kurus lampai, mengenakan jersi Chelsea dan jeans ketat Levi’s.

“Ibu sekarang ni terdesak duit Reza. Ibu nak bagi duit dekat kak Ju, dia nak balik raya tahun ni.” Salmah meratap wajah Reza. Tak tumpah wajah arwah suaminya Sahabudin.

“Alaaa…Kak tu bukan ingat kita lagi, buat apa nak bagi duit kat dia banyak-banyak” Reza menjebek muka.

“Dia tidak pulang beraya juga kerana banyak wang dibelanjakan untuk kamu Reza” suara Salmah meninggi. “Kau kata nak beli bukulah, tusyenlah, tapi ramai yang terserempak kau di Bandar waktu sekolah. Kamu tipu ibu. Kamu tak belajar, kamu main!” Salmah membutangkan mata. Reza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Alaaa..kita ada tanah” Reza bersuara malas.

“Kita dah tiada apa-apa lagi Reza. Ayah Man dah jual semuanya” Salmah yang pada mulanya keberatan untuk menceritakan hal sebenar akhirnya terpaksa memberitahu.

“Emm. Saya dah agak dah. Orang tua tu kahwin dengan ibu nak harta ayah ja.” Suara Reza meninggi. “Dari dulu Reza dah dapat agak, Reza dah cakap jangan kahwin dengan orang tua tu. Dia penipu!

“Reza!” laju tangan Salmah menerpa ke muka Reza. “Jahat mana pun ayah Man tu, dia tetap ayah tiri kau!”

“Reza takpernah anggap lelaki tua tu ayah tiri Reza. Ayah Reza dah mati!” bingkas bangun mencapai topi keledar dan menapak keluar. Sekilas Reza berpaling, “Bala apa pulak nak jadi lepas ni.” Reza hilang dipandangan entah ke mana.

Salmah sudah tidak bermaya lagi. Longlai. Tangisan tidak henti-henti. Surat Julaina digenggam erat menerkup mulut dan tersedu-sedan menahan esak. Salmah menyandar lemah. Memanggil-manggil arwah suaminya. “Abang…Maafkan Sal. Sal tak dapat jaga keluarga kita dengan baik. Sal dah tak terdaya lagi tanpa abang. Sal mintak maaf abang. Sal mintak maaf.” Sayup merintih seorang isteri.


SEGMEN KELIMA

Esok, hari kebesaran umat Islam. Aidilfitri. Kegembiraan terselah diwajah Julaina, membuak-buak dihati Julaina. Sudah tiga tahun tidak pulang bersama. Setengah jam lagi Julaina tiba di rumahnya. Bersama Julaina baju raya untuk ibu tersayang. Baju kurung Bandung, merah hati. Sulaman emas menarik. Tudung juga merah hati. Memang sesuai dengan Salmah yang sederhana tinggi orangnya. Untuk Reza juga ada. Baju Melayu sepasang jahitan popular jawa. Juga merah hati. Raya tahun ni sedondon.

“Assalamualaikum!” Julaina terpacak. “Ibu, Ju dah balik.” jerit Julaina yang menerkup mulut dengan kedua belah tangannya. Sahutan tidak terjawab. Rumah dari luar nampak gelap tidak berpenghuni. “Ibu mungkin dirumah ayah Man ni.” Sangka Julaina.

Jeritan julaina tadi didengari jirannya, Mak Bidah. Mak Bidah menyelak langsir, menguak daun tingkap sedikit. Kelihatan wanita kurus lampai. Berkebaya hijau muda dan berjaket hitam.

“Sah ini Julaina” tekaan Mak Bidah tepat.

“Ju..mari sini” laung Mak Bidah.

Julaina berpaling dan senyum menawan. Julaina cium tangan Mak Bidah, berpelukan. Mak Bidah menitiskan air mata. Julaina juga.

“Mak Bidah. Ibu Ju mana? Ju panggil tak keluar-keluar pun. Gelap gelita je rumah tu.” Tanya Julaina merenung wajah tua Mak Bidah.

“Marilah kita sembang didalam, bawa barang-barang Ju tu sekali naik atas” pelawa Mak Bidah mesra.

Mak Bidah menghidangkan kopi susu panas, juga kuih Bengkang hijau dan agar-agar pandan.

“Ju rehat makan kuih ni dulu, selepas ni kita makan nasi ya” layan Mak Bidah manja. Julaina hanya senyum menampakkan gigi putih teratur, pipi gebu licin. Bibir nipis merah menawan.

“Mak Bidah. Esok hari raya, malam ni nak buat persiapan apa yang patut. Mana ibu pergi ya?” Perlahan suara sambil menghirup kopi susu panas.

Mak Bidah menggetap bibir meratap wajah Julaina. “Err..mungkin dia ke rumah Pak Deraman kot” jawab Mak Bidah sambil mengunyah Bengkang dengan gusinya. Malam ni, Ju tidur di rumah Mak Bidah dulu ya, nanti esok mungkin kita jumpa ibu di Masjid Besar selepas solat Aidilfitri.” Ujar Mak Bidah.

“Ermm. Okey lah kalau macam tu, nanti surprise sikit dengan ibu nanti. Ibu mesti terkejutkan.” Julaina mengekeh kecil.

“Tapi. Reza mana?” Julaina tanya bersungguh.

“Reza pun mungkin tidur dirumah sana juga kot.”

“Esoklah kita jumpa diaorang. Dah lewat malam ni. Rumah Pak Deraman pun buaknnya dekat.” Mak Bidah jawab yakin.

“Tapi Ju ada belikan mereka baju raya.” Julaina menjebek.

“Tak apalah. Ju bawa esok ke Masjid.” Julaina bersura selamba semacam mengalah.


SEGMEN KEENAM

“Cantik tak?” Julaina berpusing-pusing seperti model. Mengenakan kurung buatan Indonesia.

“Ya. Anak Salmah semestinya cantik. Macam ibunya juga.”

“Mak Bidah. Mana ibu ni, Reza pun tak Nampak batang hidung?” Julaina memanjangkan leher. Mengintai-intai segenap arah.

Solat sudah. Khutbah pun sudah. Orang ramai semakin susut. Hanya tinggal beberapa orang. Mereka saling bersalam-salaman dan berpelukan. Memohon kemaafan di hari lebaran. Mak Bidah memerhatikan sahaja, namun tidak dihirau Julaina. Mak Bidah dibelakang Julaina. Julaina pusing mengadap Mak Bidah. Mereka berdua turut tidak melepaskan peluang untuk saling bermaafan.

Air mata Mak Bidah laju mengalir. Julaina agak kehairanan.

“Sudahlah Mak Bidah. Pagi raya ni kita kena ceria-ceria saja” Julaina mengesatkan air mata Mak Bidah.

“Jom Mak Bidah, kita kerumah ayah Man, mungkin mereka solat di tempat lain kot” Julaina bingkas bangun. Pantas lengan Julaina ditarik Mak Bidah. Julaina terduduk semula.

“Ju. Ju tahu tak ibu Ju seorang yang tabah.”

“Dan Mak Bidah tahu ketabahan tu ada pada Ju jugak.” Julaina mula hairan.

“Ju. Ibu Ju dan adik Ju Reza ada disini” Mak Bidah menggenggam kedua tangan Julaina.

“Dari Allah kita datang kepada Allah kita Kembali” suara Mak Bidah perlahan. Terketar menahan sebak. Sungguh berat untuk Mak Bidah mengkhabarkan berita itu.

Peluh membasahi dahi Julaina. Julaina menutup mulut menahan ketar. Julaina mula teresak.

Mak Bidah mengheret Julaina ke perkuburan bersebelah Masjid.

“Ju. Ni kubur ibu Ju. Yang sebelah tu kubur adik Ju, Reza.” Mak bidah menuding. Air mata membasahi telekung.

Julaina melutut. Julaina berdengus kuat. Air mata bercurah tidak henti.

“Ibu!!!..Ju nak Ibu!!” Julaina mengusap batu nisan ibunya. “Mak Bidah. Ceritakan kepada Ju.” Julaina memeluk baju raya mereka.

“Ibu Ju kena serangan jantung, adik Ju eksiden Ju.” Mak Bidah memejamkan mata.

“Sudahlah Ju, mari kita balik.” Mak Bidah menyapa bahu Julaina.Mak Bidah tidak sanggup lagi melihat semua ini.Mak Bidah menahan sebak.

“Sudahlah Ju. Tak baik meratap macam ni di kubur ibu. Allah sayangkan ibu dan adik Ju.”

“Ju kena doakan pemergian ibu agar ditempatkan orang-orang yang beriman Ju.” Mak Bidah mengurut belakang Julaina

“Ya Allah. Sungguh berat ujianMU ini.”

oleh: halisFansuri

Blogger Template by Blogcrowds